PERGOLAKAN jiwa di antara keteguhan iman dan dorongan hawa nafsu. Kemungkaran akidah akibat keseronokkan duniawi. Mampukah kuasa cinta sejati melembutkan hati yang sudah pasrah dan mengubat kekecewaan semalam?
Terbaru menghiasi slot TV3, Zehra, ikuti liku-liku perjalanan kehidupan gadis muda, Karina, dalam mencari erti ketenangan dalam alunan keikhlasan menerusi Janji Kekasih.
Drama bersiri arahan Feroz Kader itu akan disiarkan setiap Jumaat bermula 11 Jun ini, pukul 9 malam.
Slot Zehra yang menghiasi slot perdana malam Jumaat membuka tirai dengan kemunculan drama-drama yang secara tidak langsung meninggalkan impak berlainan di hati penonton.
Ia bermula dengan Embun Mutiara diikuti Nur Kasih, drama yang mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat Malaysia sejak Jun tahun lalu sehingga berjaya mencipta suatu fenomena luar biasa dengan catatan rating mencecah 5 juta penonton pada episod akhir yang disiarkan menjelang Raya Haji.
Selepas 26 episod bersiaran, kini giliran drama Aliff Firdaus pula melabuhkan tirainya pada malam Jumaat lalu.
Untuk tidak menghampakan jutaan para penonton yang gemarkan jalan cerita yang menarik, TV3 meneruskan tardisi dengan mempersembahkan drama bersiri terbaru Janji Kekasih.
Ia membariskan pelakon popular dan berbakat seperti Jue Aziz (Karina), Ayu Raudhah
(Aliyah), Fezrul Khan (Shah), Dato’ Jalaluddin Hassan (Haji Safuan), Erma Fatima (Hajjah Hashimah) Mustafa Kamal, Ery Putra, Almy Nadia, Iqram Dinzly dan Puteri Sarah.
Menurut Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Nurul Aini Abu Bakar, “berbeza dengan pelbagai slot program di TV3, drama-drama yang ditayangkan dalam slot Zehra lebih menekankan nilai kekeluargaan, taat kepada ibu bapa, kasih sayang antara adik-beradik dan juga cinta sejati.
Zehra juga menyerapkan nilai-nilai keislaman dan menggalakkan amalan hidup secara harmoni. Kisah cinta turut menjadi elemen yang amat penting untuk melengkapkan sesebuah drama bagi menarik minat tontonan seisi keluarga," katanya.
Drama 13 episod dihasilkan di bawah tenaga produksi Pena Creative Sdn. Bhd. ini berkisar tentang perbezaan ketara kehidupan dua keluarga yang lebih selesa merujuk kepada ajaran Islam sebagai landasa.
Janji Kekasih menampilkan Karina, gadis muda lincah yang dibesarkan dalam keluarga mewah dan ditatang penuh manja oleh ibunya, Marina. Apa sahaja kemahuan dan permintaan Karina, Marina akan akur. - Mstar
***********************************************
P/S = Baru Layan Drama nie, Lebih Kurang Drama Nur Kasih..Tapi Lagi Best...Banyak Soundtrack Drama nie Diambil dari lagu Religi Malaysia - Indonesia...Memang Berabis Nak Tarik Penonton. Baru Episode 4..Kalau Nak Layan Klik Sana